Hati berbisik , Lidah berkata

Assalamualaikum didahulukan...

Di tepi kipas,di depan 'lap top',beralaskan meja study yg dahulunya penuh dgn buku,diteman langit yang biru,berlatar belakangkan keriuhan burung,diterjah pula dgn kedinginan pagi yang terasa hingga ke tulang...

semua itu terjadi apabila aku sedang mengupdate blog usang ini,yang seperti rumah yg tidak berpenghuni,yang hanya mempunyai tetamu pabila hujan tiba..

Hati berbisik,lidah berkata-kata...
Tidak dinafikan memamg susah untuk meluahkan kata hati kepada penghuni hati kita...
lalu..dimedan berblogging inilah menjadi orang tengah kepada kita...

Aku ingin berbicara...
salahkah jika bercinta sebelum akadnya nikah nanti..??

ya memang salah jika mengikut islam..
tetapi itu jika bercouple...

Wahai bakal pemilik tulang rusukku...
adakah kita berkapel??
saya rasa tidaklah salah jika kita bercinta tetapi tahu batasnya..

Permintaan awak terlalu tinggi buat saya...
saya lagi sanggup jika awak meminta sedulang emas ataupun sejumlah berlian..
tetapi,jika tidak berhubung dgn mu sehinggalah kita SAH nanti amatlah berat bagiku..

Kita sudah separuh jalan untuk kita bina masjid kita bersama..
tapi awak hendak mengambil langkah lain ataupun cara lain supaya untuk mengukuhkan masjid kita nanti..
xsalah awak..
tapi awak sepatutnya buat ketika saya hendak mengenali awak dulu..
bukannya sekarang...

seumpama kita makan nasi,
kita selalu makan pakai tangan,
tiba-tiba berubah menggunakan sudu..
kekok tak?

Tambahan lagi awak tak nak kita selalu mesej,call or berFB sekalipun...
Demi Allah saya tak sanggup...

Seolah-olah awak berserah pada takdir..
awak berserah pada jodoh..
mmg lah niat awak tu salah satu usaha...
tapi bukan ada cara lain??
berfikir lah diluar kotak..
Tuhan menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan
lalu dia mencipta otak dan akalnya sekali..

Saya memohon,merayu,meminta, dari awak...
tolonglah jangan tukar langkah awak tu..
Saya percaya kita boleh mempunyai masjid nanti..
Percayalah....


Aku mahukan kamu kerana aku mahu memperisterikan kamu dan bukannya untuk membuat perhiasan...

Bermahabah...

Assalamulaikum W.B.T

Salam pembuka bicara,
Bicara yang tulus dari hati,
Hati yang telah dicuri,
Tapi kini seakan berdarah,
Darah yang keluar mencurah-curah,
Ialah berpunca perasaan yang parah,
Parah yang tidak boleh diubati..

Hidup pokok kerana akarnya
Hidup semut kerana kerajinannya,
Hidup manusia kerana prinsipnya,
Prinsipku tidaklah sehebat bintang dilangit,
Namun hanya sekecil butir pasir dipantai,

Ludah tidak dijilat,
Kelakuan yang tak selalu dilihat,
Secara tidak sedar ramai yang buat,
Namun tidak bagiku,
Dan tidak akan berperangai begitu,
Sungguh pantang dalam diari hidupku,

Wahai orang sekelilingku
Wahai adik-adikku,
Wahai abang-abangku,
Wahai peneman setiaku,
Janganlah dikau sebegitu,
Hendak kularang itu bukan hak aku,
Tetapi hormatilah prinsipku,

Harta agama adalah kitabnya,
Harta aku adalah prinsipku,
Kemakmuran negara kerana Rajanya,
Lurusnya hidupku kerana prinsipku,
Tolongla hormati prinsipku,
Sebagaimana kamu menghormati jasadmu,

Kini aku telah bermahabah,
Walaupun bukan secara terus menerus,
Supaya pandanganmu akan tulus,
Setulusnya aku memilikimu,
Itulah prinsip hidupku


WASSALAM

Mana Mak ?




Dengan lafaz Bismillah.....


Jam 6.30 petang
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”


Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,



Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”

Semakin anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.




Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”

“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.









P/s * Apabila sedang melakukan solat sunat,wajib berhenti apabila ibu memanggil

Salam

Dato' Sammyvellu menjadi guru BM





UCAPAN SAMMY VELLU (SAM SAM) YANG MENJADI IKUTAN RAMAI 

1. Sammy Vellu mengomen tentang PosLaju. ‘Esok kirim, hari ini sampai’

2. Beliau menyatakan rasa malunya dalam sebuah rancangan TV. ‘Ini perkara sangat memalukan saya 
dan kemaluan saya sangat- sangat besar’



3. Dalam sebuah ceramah, beliau berucap. ‘Kita akan bina sebuah jambatan di kampung ini’.Tapi menurut seorang pakcik, ‘Kampung ini tiada sungai, buat apa bina jambatan,’ Datuk Samy menjawab,‘Kalau tiada sungai, kita bina sungai’

4. Semasa krisis air, beliau berkongsi pendapat. ‘Semua orang jangan buang air’

5. Apabila tol naik, beliau memberi komen. ‘Tol naik sikit, banyak marah saya. You ingat ini tol saya punya bapa punya kah?’

6. Semasa kempen derma darah di Sungai Siput. ‘Marilah kite semue menderme dare’

7. Semasa pembukaan majlis.‘Selamat datang saudara-mara semua…’ (sepatutnya saudara saudari)

8. Semasa merasmikan sebuah majlis. ‘Dipersilakan Datuk Seri Rafidah Aziz naik pentas untuk membuka kain’

9. Memberi komen berkaitan isu sosial. ‘Orang- orang mude suke menghisap dade’

10. Semasa kes Al-Arqam kian memuncak. ‘Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam’

11. Menyambut kembalinya angkasawan ke bumi. ‘Kita bersyukur kerana angkasawan kita yang telah meninggal dunia selama 10 hari telah selamat dikebumi’

p/s: Perhatian disini tiada unsur untuk menghina beliau. Tetapi sekadar untuk menyampaikan mesej betapa pentingnya bahasa yang tepat supaya tidak lari dari maksudnya. Penyampaian mesej penting ini adalah berunsur lucu dan tidak berniat untuk menghina sesiapa. TQ

Go Girl tip n trick



Nak tgok google anda menari2  ???

Taip salah satu keyword kat bawah ni kat google find box tu then klik i'm feeling lucky...


1.Google sphere

2.Find chak noris

3.Elgoog

4.Google loco

5.Google epic

6.Google gravity




sekian wassalam

-Sharing is Sexy-




Lajukan loading pc anda waktu on







Anda mungkin penat menunggu bila PC anda lambat nak loading lepas start PC. Sekarang saya akan tunjukkan tips dan trick start PC dengan cepat.

Cara-cara:

Start Menu>Run>Regedit

Kemudian cari ni:

HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ContentIndex

Kemudian cari ni:


"Startup Delay" dan double klik.

Pilih Decimal

Value data sekarang ialah 4800000

Tukar Value data dari 4800000 ke 40000

Klik ok.

Tutup registry editor kemudian restart

PC anda sekarang menjadi lebih cepat bila start.




-Sharing is sexy-

Dagang Pak malau Dagang Belipat

Mari kite berpantun , sape sape yg terasa hati tu maaf la ek

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJE NAK MENAYANG
LEBIH BAIK X PAKAI BAJU LG SENANG,
DAH KOMFOM BOLEH TUNJUK TERANG2..

BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT,
PAKAI TUDUNG PULAK JUZ IKAT2,
DARI MULA MEMANG SGT BUKAN ADAT,
DARI SUDUT AGAMA UN DAH TENTU GAYA XBERKAT..

TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
SAMPAI BOLEH NAMPAK GARIS2,
MATA ORG TERBELIAK,KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK KENAPA MENANGIS?

APA RASANYA KEPALA BERTUTUP TP BAWAH TEBELAH,?
KALAU TAKAT RAMBUT ORG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU ATAU TENAMPAK SEGALA LURAH,
MATA YG MEMANDANG SAMPAI BOLEH KUAR DARAH..

KEBAYA KETAT KAIN TEBELAH
IKAT TUDUNG PULAK MACAM X SUDAH,
NAK SURUH IKUT SURUHAN AGAMA MMG X MUDAH
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH



-ORIGINAL BY INCIK GANU-

Lajukan broadband anda

Salam
Mesti kadang2 korang fed up kan bile time2 berukband korang dah habis limit...Ok kerana buah hati pengaran jantung abg selalu mengeluh 'abii tenet siput la' disebabkan itu aku explain kat sini mcm mane nak bagi power sikit berukband anda..Sebenarnya cara ni berzaman org dah tau saja nak remind balik...juz for u my LAP n for para2 skodeng juga... peace yow....
klik kat kiri tulisan oren tu yeee cik peah dan cik budin

Rusa masuk kampung



Assalamualaikum W B T

Sejak dua menjak tiga menjak ni org dalam fb la blog la tgah sibuk dok berjoyah pasal budak amalina tu..sayang kan ilmu tinggi tapi akhlak rendah...Mesti mak dia sedih gile bila dapat tau anak dia camtu...ye la mane x nye sebelum ni punye la baik sampai pijak semut x mati tapi skrg ni dia yang mati kena himpap ngn kangaroo2 kat sana....rugilah goverment dah support segala bagai for study dia...

Tapi bukan dia sorang je yg jenis2 rusa masuk kampung ni....yg dalam malaysia pun ramai jugak example student yg dari kampung tu pegi belajor kat KL contohnye...Ade je membe aku camni....Dia dari kedah n berhijrah ke KL atas sebab study...Bila lama sikit dah duduk kat KL mule la tudung kemana ape kemana...Padahal time kat kedah dia sekolah agama tau...tgok mcm mane tekejut beruknye die dgn culture kat KL...time kat kedah pukul 10 malam dah duduk dalam rumah dah tapi bila kat KL pukul 10 malam tu la time nak keluar...Cuba hangpa suma bayang kan la pukul 3 pagi dok ade kat BB(bukit bintang) lagi....pekebendenye tu...

Tapi dekat KL tu majoriti budak2 yang bermasaalah ialah budak student....byk dari kelantan,kedah perak....x pecaya pegi tanya jais...Bape byk budak2 yg kena cekup kat clubbing segala bagai...x dari negeri2 tadi...Kalau mcm ni la 4 5 tahun lagi,alamatnye hancur la malaysia ni...abes sume anak2 melayu dah x macam melayu...semua nak rambut karat,bershawl2 bagai,baju nak ladies je,dress nak singkat sampai peha sampai abes nmpak segala hutan...

Ha..cakap bab shawl ni pulak,x semestinya golongan2 rusa masuk kampung ni akan berubah 360 degree...like org2 yg bertudung...b4 ni layan bawal la ape la...tapi bila dah terkena kejutan yang x seberapa nak terkejut tu mulalah pandai nak melilit2 kepala tu...bukanlah aku x suka kaum2 bershawl2 ni tapi ade sesetengah tu bertudung juz nak menunjuk...contoh bila dapat tudung baru,pakai pastu tangkap gambar depan cermin then post kat wall fb kawan sendiri ''eh lawa x bengkung atas kepala aku ni''...bukan menunjuk ke namenye tu...ade jugak yg jenis2 kedekut tu g pinjam kat membe semata2 nak melaram....Dey aci ! itu org punya harta la dey macha !....pastu bile nak pulang balik berabad la tuan empunya tu menunggu...nak dimintak takut kecik hati membe....kita kalau xmampu buat cara x mampu...jgn la kat muka bermake up segala bagai siap pakai perfume harga yg boleh beli kfc 2 3 bucket tapi ketiak bau belacan jugak...

Bermacam jenis org kat dunia ni...aku sendiri pun mengaku aku x perfect...tapi aku explain dari pengalaman aku bukan pengetahuan....kepada sesapa yang tekena batang hidung sendiri tu pandai2 la ye...




salam

Rahsia Jari Kita

Jari...selain daripada mengorek bijih yg dekat hidung kita nih ade lagi sifat tentang jari kita...X PECAYA?....


ok baca ni ye...




1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jari kelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apa benda pun akan start dr kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.

4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgn cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing 
yg kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa 
2 rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.!!



ha kan...betul kan...hahaha...

Christina Perri- A Thousand years

Heartbeats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I’m afraid to fall
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What’s standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday waiting for you
Darling don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I love you for a thousand more

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I love you for a thousand more

Letak lagu autoplay dalam blog

Nak tau cane cara letak ?? haha

HEPI NEW YEAR !!!

Assalamualaikum W.B.T

Entry yang fes n yg kali pertama buat tahun 2012...Hepi New Year!!!
Tahun baru semalam umur aku dah mencecah 22..orag tu cakap dah tua .. tu la sgttt !! hahah
Semalam celebrate new year depan rumah je...xmacam b4 ni kalau new year je g lepak KL ke enjoy2 ke
but dis time xde dah sume tu...lagipun baguih la jugak xpayah nak kuar duit pun..juz kuar duit toup je..ye la nak kol awek kan..haha..but semalam punye la ngntuk tahap gaban coz nak teman org yg kite sayang nih...yela org tu dalam kete otw dari johor balik KL...Bile dah duduk dalam kete dia ni berpenyakit plak x boleh nak tido...
Aku pun pelik...hahaha...so nak xnak kene temankanlah kan...but teman msj je lah....Nak teman depan2 mybe lambat lagi kot....
Kalau aku punye aset sume dah ade selamba je g menikah hari ni jugak...yela sape xnak buat masjid..
nikmat dia byk ooo...

OK ini de fes entry buat blog yg kedua...susah ooo nak cari balik followers2 sume...kepada sesiapa yg menjadi follower kepadda blog INCIKGANU.blogspot  perhatian ye ini adalah org yg sama...
diharap anda menjadi followers di sini jugak...TQ...
K PAPAI...


waktu kecik rambut ketak,
dah besar rambut tebelah,
eh sigendut nak tau x,
saya syg awak wan noor khalilah...