Hati berbisik , Lidah berkata

Assalamualaikum didahulukan...

Di tepi kipas,di depan 'lap top',beralaskan meja study yg dahulunya penuh dgn buku,diteman langit yang biru,berlatar belakangkan keriuhan burung,diterjah pula dgn kedinginan pagi yang terasa hingga ke tulang...

semua itu terjadi apabila aku sedang mengupdate blog usang ini,yang seperti rumah yg tidak berpenghuni,yang hanya mempunyai tetamu pabila hujan tiba..

Hati berbisik,lidah berkata-kata...
Tidak dinafikan memamg susah untuk meluahkan kata hati kepada penghuni hati kita...
lalu..dimedan berblogging inilah menjadi orang tengah kepada kita...

Aku ingin berbicara...
salahkah jika bercinta sebelum akadnya nikah nanti..??

ya memang salah jika mengikut islam..
tetapi itu jika bercouple...

Wahai bakal pemilik tulang rusukku...
adakah kita berkapel??
saya rasa tidaklah salah jika kita bercinta tetapi tahu batasnya..

Permintaan awak terlalu tinggi buat saya...
saya lagi sanggup jika awak meminta sedulang emas ataupun sejumlah berlian..
tetapi,jika tidak berhubung dgn mu sehinggalah kita SAH nanti amatlah berat bagiku..

Kita sudah separuh jalan untuk kita bina masjid kita bersama..
tapi awak hendak mengambil langkah lain ataupun cara lain supaya untuk mengukuhkan masjid kita nanti..
xsalah awak..
tapi awak sepatutnya buat ketika saya hendak mengenali awak dulu..
bukannya sekarang...

seumpama kita makan nasi,
kita selalu makan pakai tangan,
tiba-tiba berubah menggunakan sudu..
kekok tak?

Tambahan lagi awak tak nak kita selalu mesej,call or berFB sekalipun...
Demi Allah saya tak sanggup...

Seolah-olah awak berserah pada takdir..
awak berserah pada jodoh..
mmg lah niat awak tu salah satu usaha...
tapi bukan ada cara lain??
berfikir lah diluar kotak..
Tuhan menciptakan manusia sebaik-baik ciptaan
lalu dia mencipta otak dan akalnya sekali..

Saya memohon,merayu,meminta, dari awak...
tolonglah jangan tukar langkah awak tu..
Saya percaya kita boleh mempunyai masjid nanti..
Percayalah....


Aku mahukan kamu kerana aku mahu memperisterikan kamu dan bukannya untuk membuat perhiasan...