Bermahabah...

Assalamulaikum W.B.T

Salam pembuka bicara,
Bicara yang tulus dari hati,
Hati yang telah dicuri,
Tapi kini seakan berdarah,
Darah yang keluar mencurah-curah,
Ialah berpunca perasaan yang parah,
Parah yang tidak boleh diubati..

Hidup pokok kerana akarnya
Hidup semut kerana kerajinannya,
Hidup manusia kerana prinsipnya,
Prinsipku tidaklah sehebat bintang dilangit,
Namun hanya sekecil butir pasir dipantai,

Ludah tidak dijilat,
Kelakuan yang tak selalu dilihat,
Secara tidak sedar ramai yang buat,
Namun tidak bagiku,
Dan tidak akan berperangai begitu,
Sungguh pantang dalam diari hidupku,

Wahai orang sekelilingku
Wahai adik-adikku,
Wahai abang-abangku,
Wahai peneman setiaku,
Janganlah dikau sebegitu,
Hendak kularang itu bukan hak aku,
Tetapi hormatilah prinsipku,

Harta agama adalah kitabnya,
Harta aku adalah prinsipku,
Kemakmuran negara kerana Rajanya,
Lurusnya hidupku kerana prinsipku,
Tolongla hormati prinsipku,
Sebagaimana kamu menghormati jasadmu,

Kini aku telah bermahabah,
Walaupun bukan secara terus menerus,
Supaya pandanganmu akan tulus,
Setulusnya aku memilikimu,
Itulah prinsip hidupku


WASSALAM